Keluarga Ahadiat Akashah

Bapa saudaranya, Marwilis Yusof banyak memberinya semangat dan peluang menghasilnya novel. Beliau bermula sebagai pembaca pruf novel-novel yang dihantar ke syarikat penerbitan Marwilis Publisher di Shah Alam. Marwilis Yusof merupakan Adun Semenyih yang menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982.


Minatnya terhadap kereta-kereta mewah menyebabkan beliau terperangkap dalam masalah kewangan dan muflis. Semua harta Ahadiat dibekukan dan dia tidak dibenarkan keluar negara.

Bekas isteri pertamanya Shahilah Mat Nazir dan mereka mendapat seorang anak perempuan bernama Aishah Akashah (14). Mereka berkahwin pada 3 Jun 1995 di Alor Gajah, Melaka dan disahkan bercerai pada 12 April 2000.

Isteri keduanya Norhayati Mohd , berkahwin pada 13 Ogos 2000. Mereka mendapat 3 anak iaitu Athirah Akashah, 9, Anisah Akashah, 8, dan Adam Adiat Akashah, 6,. Ibunya Che Yah @ Norliah Yusuf (72).

Ahadiat dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur berhubung nafkah anaknya Athirah Akashah sebanyak RM300 seperti yang diperintah mahkamah selepas sah bercerai dengan defendan, Shahilah Mat Nazir [3] Dia gagal membayar tunggakan nafkah anaknya, Aishah Akashah, 13, selama 13 bulan berjumlah RM3,900 sejak Oktober 2007 . Sedangkan purata royalti bukup-buku lamanya RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.[4]

Pada Januari 2009, beliau dimasukkan ke Wad Ortopedik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana serangan gout. Semua sendinya membengkak dan membenjol berwarna kemerah-merahan.[5]